fbpx

Fathia Latiff Ambil Masa 5 Tahun Untuk Lupakan Aiman Hakim

Kembali berhijab sebelum Ramadan lalu dan mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, Fathia Latiff akui dia berdepan fasa sukar dalam hidupnya untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Menurut Fathia bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah disayanginya sehinggakan dia mengambil masa 5 tahun untuk move on dari episod cintanya yang lalu. Bagaimanapun, Fathia berkata dia akur dengan ketentuan Ilahi.

BACA: “Rasa Macam Dalam Neraka Bila Keluar Tak Pakai Tudung”

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on. Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fathia tumpang gembira dengan kehidupan baharu Aiman yang sudah pun berumah tangga dengan Zahirah Macwilson serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambahnya.

Untuk rekod, Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2015.