fbpx

“Saya Belum Mati Untuk Dia Warisi Hak Saya”

Baru-baru ini hebat Wak Doyok dikecam selepas rakan kongsinya, Asyraf Mazlan mengeluarkan bukti mengatakan beliau sebenarnya pemegang saham terbesar jenama Wak Doyok, dan bukan pembantu peribadi seperti didakwa Wak.

BACA: Wak Doyok Menipu Lagi, Rakan Kongsi Dedah Hal Sebenar?

Tidak tahan dengan kritikan ramai, Wak tampil mempertahankan diri. Jelasnya, bukti-bukti nama syarikat yang dikemukakan Asyraf hanyalah untuk menentukan peratusan keuntungan, dan bukan hak mutlak jenama beliau.

“Tapi fikirlah sejenak, tidak munasabah dan tak masuk akal langsung apabila dia mendakwa dan menuntut memiliki hak imej, hak cipta, hak reka dan hak keatas diri saya? Saya masih belum mati untuk dia mewarisi hak-hak saya”

“Tiada dua Wak Doyok di dunia ini. Syarikat tersebut hanyalah untuk menentukan peratusan keuntungan yang dikongsi bukan keatas apa yang mutlak kurniaan diri saya. Samada syarikat tersebut ditubuhkan berdasarkan persetujuan saya, masih belum lagi saya boleh komen,” jelasnya.

Bagaimanapun Wak tetap ingin menyelesaikan kemelut ini secara baik biarpun berasa seperti ditikam belakang oleh Asyraf yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. (rtky/w)