fbpx

“Saya Belum Berhijrah Tapi Terima Kasih Semua Doa”

Sejak bulan ramai, satu demi satu selebriti wanita mula berhirah apabila membuat keputusan untuk bertudung. Terbaru, perkongsian pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya berhijab.

Perkongsian Daiyan itu sekaligus membuatkan rakan artis dan pengikutnya teruja apatah lagi dia turut menyertakan kapsyen “Bismillah, Assalamualikum” pada gambar berkenaan.

BACA: Daiyan Trisha Idamkan Lelaki Kelakar, Beradab & Setia

Malah, rata-rata rakan artis turut memuji pelakon itu yang dilihat sangat cantik berhijab. Namun, menerusi IG Story, Daiyan menjelaskan itu adalah gambar sesi fotografi dan dia masih belum berhijrah.

Dalam pada itu, Daiyan turut mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan kepadanya. Memang cantik sangat Daiyan berhijab, semoga dibukakan hati untuk berhijrah suatu hari nanti.