fbpx

“Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya”

Status perkahwinan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab selepas peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga.

Menerusi entri terbaru, Rihana meluahkan rasa syukur di atas sokongan tidak henti diberikan netizen kepada beliau di atas apa yang berlaku. Malah, Rihana turut menangis kegembiraan apabila menerima banyak mesej daripada netizen.

BACA: Peguam Sahkan Sultan Kelantan Sah Bercerai Talak Tiga

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

“Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia, anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya,” tulisnya.

Rihana turut meluahkan rasa bangga putera kesayangannya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra mempunyai darah Malaysia dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk cahaya matanya itu.

“Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua,” katanya.

Terdahulu, peguam kepada Sultan Muhammad V, membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Pihaknya juga sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.