fbpx

Peguam Sahkan Sultan Kelantan Sah Bercerai Talak Tiga

Sinar Harian hari ini melaporkan peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menurut laporan, Tien Hua berkata pihaknya sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.

BACA: Rakan Sahkan Rihana Oksana Sudah Bercerai, Balik Ke Rusia

 

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Rihana, telah diceraikan talak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang didaftarkan pada 1 Julai lalu dan sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, pagi tadi menerusi sebuah portal, Rihana mendakwa beliau masih isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan memberitahu beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan.