fbpx

“Saya Artis Sendu, Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan”

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis dilihat memohon bantuan daripada kerajaan ekoran ‘periuk nasi’ mereka terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti hiburan.

Bagaimanapun, berbeza bagi pengacara Jimmy Shanley yang mengatakan meskipun dia bukan selebriti terkemuka namun dia tidak meminta bantuan daripada kerajaan. Sebaliknya, dia menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

BACA: Jimmy Shanley Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak

“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM. Ibu tunggal diutamakan,” katanya.

Kenyataan terbuka Jimmy itu mendapat pujian daripada netizen, malah ada yang mencadangkan agar Jimmy membantu golongan selebriti yang meminta bantuan untuk meneruskan kehidupan kerana tiada kerja.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap agar tindakan Jimmy ini dapat dijadikan contoh kepada artis-artis lain untuk turut memberikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.