fbpx

Jimmy Shanley Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak

Baru baru ini keluarga sebelah bekas isteri kepada pengacara dan penyampai radio popular, Jimmy Shanley mendakwa beliau mengabaikan tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa kerana sudah lama tidak memberikan wang belanja atau nafkah.

Bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi yang juga merupakan Ketua Pegawai eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari pada minggu lepas di Penjara Kajang selepas melanggar perintah mahkamah berhubung hal jagaan anak.

BACA: Ibu Mentua Dakwa Jimmy Shanley Tidak Pernah Beri Nafkah Anak

Jimmi Shanley menerusi Instagram beliau baru baru ini telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan simpanan resit pemindahan wang yang disimpan rapi dalam fail sebagai bukti yang beliau pernah menghantar wang belanja atau nafkah untuk anaknya.

Jimmy Shanley Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak - ROTIKAYA

“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan”

“Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,” tulis Jimmy Shanley mengiringi gambar yang dikongsikan dengan peminat itu.

Makin berpanjangan nampak gayanya sesi menuding jari sesama mereka selepas ini, pelik juga kami sedangkan masing masing sudah ada kehidupan sendiri namun ada sahaja perkara yang tidak kena terus ditimbulkan. (rtky/m)