fbpx

“Saya Akui Diri Kurang Didikan Agama” – Zila Seeron

Berkongsi kisahnya dalam slot Apa Cer dalam ruangan A.M Live! di RTM baru baru ini, bekas isteri Along Cham iaitu Zila Seeron mengakui bahawa dirinya kurang didikan agama.

BACA: Zila Kerja Sendiri Demi Sara Kehidupan

“Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya Zila Seeron nak mintak maaf sangat sangat kepada korang sebab saya hanya manusia biasa dan tak lari daripada buat kesalahan dan saya sekarang sedar dengan kesilapan”

“Saya nak terus terang saya daripada kecik hingga sekarang, saya kurang bimbingan agama. Dan saya akan mempelajari, insya-Allah, nak cari diri saya sendiri. Hopefully, maafkanlah saya,” katanya dalam nada sebak.

Dalam temubual lebih 15 minit itu juga Zila berkongsi cerita tentang keperitannya setelah dihalau keluar daripada rumah. Malah dia juga mengakui bahawa ketika itu dia tidak mempunyai wang langsung dan hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan.

Selain itu, Zila tidak dapat menahan air matanya daripada berguguran apabila diberi peluang oleh pengacara untuk menyampaikan pesanan kepada anaknya, Daniel. Di kesempatan itu juga, Zila turut memohon maaf kepada suami, keluarganya sendiri dan keluarga mertua.

Sudah pun mengikuti kelas motivasi dan bimbingan agama, Zila dalam masa yang sama mengharapkan agar warga laman sosial dapat memberikannya peluang untuk kembali menjalani kehidupan baru. (rtky/s)