“Saya Akil Baligh Masa Tingkatan 5” 

Pelakon Ikmal Amry berkongsikan dia mengalami akil baligh pada usia 17 tahun ketika berada di Tingkatan 5.

Menerusi podcast Kitakitaaje bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Ikmal membuat pendedahan itu dan di usia tersebut fizikalnya kelihatan seperti kanak-kanak 12 tahun.

BACA: “Aku Ni Bapak Orang, Anak Nak Masuk 3” – Ikmal Amry Minta Henti Bandingkan Dengan Jefri Nichol

Menurut Ikmal lagi, dia juga tidak mengalami mimpi pelik dan pernah berjumpa dengan doktor berkenaan keadaan dirinya itu.

“Saya akil baligh ketika umur saya 17 tahun, tingkatan lima. Saya tiada mimpi. Saya pernah jumpa doktor juga pasal benda ni,” katanya.

Sementara itu, Ikmal berkata suaranya juga masih kecil ketika usia 16 tahun namun selepas akil baligh barulah fizikalnya berubah. 

“Doktor kata perkara ini normal. Masa saya umur 16, suara saya masih kecil. Tinggi saya 160 cm masa tu. Bila dah akil baligh baru tinggi mendadak. Muka pun dah ada bentuk, kalau tak dulu wajah saya bulat je,” katanya. 

×