Pelakon Ikmal Amry meminta orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol apabila ada yang mengatakan mereka memiliki wajah seiras.

Menerusi perkongsian di Threads, Ikmal berkata tidak perlu membandingkan kerana dirinya seorang bapa dan bakal menimang cahaya mata ketiga.

BACA: Tiada Apa Nak Disorok, Ikmal Amry Izinkan Isteri ‘Check’ Telefon

“Dah la banding-banding. Aku ni bapak orang. Anak nak masuk 3. Anyway salam kenal dik Jefri Nichol. Salam serumpun,” tulisnya.

Hantaran Ikmal itu turut mendapat perhatian Jefri yang turut membalas semoga keluarga aktor itu sihat sentiasa.

×