fbpx

“Saya Akhirnya Temui Cinta Yang Dicari-Cari Selama Ini”

Selepas 8 bulan bercerai dengan Nazim Othman, berita pertunangan Bella Dally dengan dengan seorang ahli perniagaan bernama Arif ternyata mengejutkan ramai phak. Malah ada yang beranggapan Bella terlalu cepat move on.

Bagaimanapun, Bella memberitahu dia tidak serik membuka pintu hatinya untuk orang lain meskipun perkahwinannya pernah gagal sebelum ini. Ujarnya lagi, tunangnya itu seorang yang baik dan mampu membahagikan dirinya.

BACA: Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

“Saya tahu ramai yang terkejut apabila saya menerima lamaran Arif selepas lima bulan berkenalan. Ada yang menganggap, saya terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

“Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya.

“Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini,” katanya kepada BH Online.

Akui sukar untuk melupakan apa yang terjadi dalam hidupnya sebelum ini, Bella memberitahu dia tidak mahu lagi menoleh kebelakang dan kini dia menemui cinta yang dicari.

“Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu.

“Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan,” katanya.

Bakal disatukan akhir Mac ini, Bella kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dan majlis akad nikah akan diadakan sekali dengan majlis resepsi pada hari yang sama.