fbpx

“Saya Akan Tetap Teruskan Penceraian Ini”

Selsai sudah prosiding perlantikan hakam oleh mahkamah berhubung permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut punca penceraian dengan suami, Dato Red.

BACA: Dato Red Tak Tahu Adira Failkan Cerai

“Saya hanya mahu yang terbaik buat anak-anak. Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah. Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak,” katanya ringkas.

Katika prosiding berlangsung sebentar tadi, Adira dengan tenang menjawab beliau tetap ingin meneruskan penceraian ini ketika Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanyakan mengenai keputusan permohonannya

Bagaimanapun Dato Red ketika disoal hakim mengenai soalan yang sama, membantah permohonan cerai yang difailkan isterinya itu. Susulan itu mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagao hari sebutan kes.

Terdahulu Dato Red terkejut dengan permohonan cerai yang dilakukan Adira kerana menyangka hubungan mereka suami isteri dalam keadaan baik. Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan. (rtky/w)