“Saya Akan Terus Buat Kontroversi” – DSV
Nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan apabila dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan kontroversi video muzik (MV) lagu rayanya.
Terpalit dengan pelbagai kontroversi, ada netizen meminta supaya Vida bertaubat apatah lagi usianya semakin meningkat.
BACA: Hampir 4 Jam DSV Disiasat SKMM, Penari Dalam MV Raya Sekadar Untuk Hiburan
Menerusi temu bual bersama mStar Online, Vida berkata meskipun menerima pelbagai kecaman daripada netizen, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju.
“Siapa cakap saya tua? Saya masih look fresh. Saya menerima hakikat tua… habis itu (tua) nak suruh saya duduk tepi kubur?” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata dia akan terus membuat kontroversi untuk menyerlahkan lagi bakatnya sebagai penyanyi dan penulis lirik.
“Kecaman tu memang stres tapi ia akan berlalu. Saya tak boleh slow nak berubah, biar korang semua terus tengok muka saya sampailah Cik B dan Kacak ambil alih empayar perniagaan saya.
“Lebih lagi yang akan saya tunjukkan sebab saya ada bakat terpendam sebagai penyanyi, penulis lirik, saya akan tunjukkan lagi,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ala dato ni x thrill laa. Buat aje la, x yah bgtau.. Duhhh ahahahhaa
X suruh pun duduk tepi kubur. Tapi klu nk duduk, silakan, manatahu insaf. Lagi dah tua, lagi makan garam, patut boleh tunjuk contoh baik. Ini terbalik, lagi dah tua, lagi tak senonoh. Klu sifat malu tu dah terkikis dari dalam diri, segala benda tak senonoh semua dibuat, akal maruah tolak tepi, glamor penting dulu.
mati tu anytime, bukan sbb tua atau uzur, hidup tak sepatutnya untuk duit semata2
Setakat bakat utk buat kontroversi tu x payah laa. Mentang2 awak bnyk duit, awak sesuka hati nk buat kontroversi? Ini laa salah satu contoh org yg kufur nikmat. Diberi kekayaan ko salah guna kekayaan tu utk kerja yg xde faedah kpd umum!
Kemah keming,?
takpe satgi dia buatlah ala ala sedekah gitu (kayakan)
kita pun sokong dia lik ha ha
klau org kaya betul2 dia lg humble.. just goyang kaki..
sekian makcik ni bekerja keras nk cri rejeki…hukhuk
Bakat trpndam. Puihhh??. Tu bukn bkat trpndam, tuu nk cri publisiti trpendam nma nya. Demo meme mruah spluh sen.
Bukan bakat terpendam lah, bakat patut kena rendam. Kalu ko tunjukkan bakat ko yg kena rendam tu, seksa dibuatnya rakyat 1mesia. Tolong la, simpan dan rendam je la bakat ko tu.