Hampir 4 Jam DSV Disiasat SKMM, Penari Dalam MV Raya Sekadar Untuk Hiburan
Nampaknya selepas Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) petang semalam.
Ia bagi membantu siasatan susulan kontroversi video muzik (MV) lagu rayanya berjudul Muah-Muah Raya. Vida memberitahu hampir empat jam dia memberikan keterangan.
BACA: Video Muzik Raya Kontroversi, DSV Pula Dipanggil SKMM
View this post on Instagram
“Setelah hampir empat jam mereka tanya bagai-bagai. Saya buat sebagai hiburan saja, tak ada maksud apa-apa pun.
“Tapi nak buat macam-mana, saya jadikan pengajaran, ambil yang baik sajalah. What past is past,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata tujuannya mengundang penari tersebut hanya mahu memeriahkan MV lagu berkenaan.
“Takkan itu tak boleh fikir kan lagu sedap, saya perlukan penari tak meriah lah kalau tak ada penari. Penari dah datang macam tu, saya nak buat macam-mana,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Hiburan? Hiburan kepala hotak sendumu bengong sungguh 4 abdul ni semua
“… Penari dah datang macam tu, saya nak buat macam-mana.”
impossible Datuk… segala shooting ada storyline, storyboard, plus untuk MV ada latihan choreographer untuk step tarian.. takkan la Datuk dtg shooting takde latihan apa2.. lagipun kalau Datuk tak suka penari tu, boleh je mintak tukar yg lebih sopan.. tak gitu Datuk?
Empat jam pegawai SKMM terpaksa memandang secara berdepan muka mokcik ni? Perghh… apa punya suey dah… Besok sure MC punya krn depression dan ADD ( acute disorientation disorder) akibat terlaku lama pandang muka mokcik tu.