“Saya Akan Selalu Bersedih, Tapi Saya Reda Dengan Ketentuan Ini” – Shuib
Perkongsian pelawak Shuib di Instagram menjadi perhatian apabila memaklumkan hari ini genap setahun pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengikut kalendar Islam.
Memetik BH Online, Shuib berkata dia tidak dapat mengawal diri apabila mengimbas kembali detik pemergian arwah pada 9 Ogos lalu. Katanya lagi, dia harus reda dengan pemergian isterinya itu namun mengakui setiap hari teringatkan bidadarinya itu.
BACA: “Jangan Terlalu Menekan Cuba Nak Jodohkan Saya” – Shuib
“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama.
Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.
“Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah. “Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya.
“Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkongsikan arwah tidak pernah hadir dalam mimpinya namun anak-anaknya pernah bermimpikan ibu mereka.
“Saya sangat berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan arwah.
“Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi. Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari arwah, tetapi tidak berjumpa. Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan arwah,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Saya rasa apa yg Shuib rasa…ayah saya pergi bulan June tahun lps…sama seperti Shuib, xde sehari pun saya x ingat dia .. dan bila sedih tu dtg, mmg xblh tepis2…mengalir je air mata..
Saya pun x pernah mimpi arwah..sebelum tidur mesti doa nak mimpi, tp belum termakbul..moga satu hari dpt mimpi abah….
Waah, Shuib ni berlakon nak tunjuk “Betapa hebatnya cinta”. Level filem Titanic.
Sambil-sambil cuba perah simpati. Cepatlah, dia dok tunggu tu. Dah gian! Pergi pujuk, bagi kata semangat kat mamat ni.
Satu modal aje Shuib ni. Pelawak Yang Tak Lawak. Jadi kena terus perah bab kematian isteri untuk dapat perhatian.
Biarlah ada maruah sikit, Shuib!
@Most boring creature
aku doakan kau merasa apa yg Shuib rasa baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. mungkin kau belum pernah merasa kehilangan orang kesayangan secara tiba-tiba. but believe in Kifarah. your time will come soon
Al Fatihah buat arwah Sarah untuk Shuib tahniah kerana menjadi suami contoh terbaik d alaf ini menjaga n mendidik isteri n anak2 berlandaskn perintah Allah dg akhlak Rasullullah I’ really proud of ur Shuib keep it up ur low profile attitude pada yg suka bersangka buruk pada Shuib insaflh jgn asyik nk pandany org dari sudut negatif saja yg benda positif Shuib buat x nmpk ke yg Shuib beri kadih sayang x berbelah bgi kt anak2 dia x nmpk ke atau buat2 x nmpk Shuib dah cukup menderita dg kehilangan isteri kesayangan tercinta kenapa awak nk tambah lgi kedukaan dia awak sedar x yg awak mengaibkn dia d media sosial berdosa tau mengaibkn org d media sosial bawa2lh bertaubat kalau x ada benda baik yg nk d cakapkn berdiamlh kerana itu lebih baik takut2 nti hukum karma berbalik pda awak pula utk Shuib bersabarlh dg org2 yg membencimu….In Syaa Allah Allah sentiasa berada bersamamu…..,,.
Sorry….. this is Freedom of Speech.
Enshrined in the Constitution.
Aduuuuuh.. Abam Shuib yg hensem janganlah kasi saya sedih. Kalo abam hensem sedih saya pun tumpang sedih. Kalo mau cari penganti yg saya sedia terima. Kalo anda semua nak tahu, dia ni mmg eljibel bacelor skrang ni hot daddy ler katakan..seleb laki yg paling macho muka.
betul, aku xpernah mimpi arwah kawan baik aku.. walaupun aku nak sangat2.. sedih,ingatan xluput.. dh 14 tahun,sedih tu ada.. org lain aku mimpi.. arwah tak..