“Jangan Terlalu Menekan Cuba Nak Jodohkan Saya” – Shuib
Sering ditanya mengenai soal pengganti serta dikenenkan dengan rakan artis, pelawak Shuib Sepahtu meminta agar diberikan ruang untuk menjalani kehidupan dengan tenang.
Memetik Kosmo, Shuib berkata dia sedar ramai yang sudah bosan apabila dirinya sering bercakap tentang jodoh.
BACA: “Ramai Cuba Nak Kenenkan Saya, Tapi Belum Masanya Lagi” – Shuib
“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah
“10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.
“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mengakui tertekan apabila ada ayang cuba menjodohkannya namun mengharapka doa yang baik-baik sahaja.
“Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.
“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.
“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” katanya.
Terdahulu, ada yang mahu menjodohkan Shuib dan Siti Nordiana. Terbaru, ada yang merestui hubungan pelawak itu dengan pelakon Zara Zya apabila sering memuat naik video bersama.
- SUMBER
- Kosmo!
Sebab ko asal berckp dgn wartawan ko asyik ulang citer psl yg sama nk citer org yg dah meninggal, dah x wujud lg dlm dunia. Bila ko nk move on?! Org bkn suruh ko lupakan arwah isteri ko tp org suruh ko teruskan kehidupan, terus pejuangkan apa yg masih ada di sekeliling ko! Anak2 ko, keluarga, kerjaya ko, masa depan ko. Tu lg elok ko cari bini baru sbb ko sorg2 mmg ko x mampu handle sendiri. Tu org suh cpt2 kwin!
Nko ingat nko ENCEM???
Eh emo pulok acik atas tu. Suib sejak keluar dari bayang2 jep , nmpk lebih kacak. Dulu selalu kne buli dlm adegan2 sepah. Tapi masa dorg satu team dgn mamat, sepah mmg best. Skrg semua dah mcm hero hindustan sorg2. Jep pun dh x kelakar mana. Korang tgk la program live sepahtu tu. Depa buat mcm melepas batuk di tangga. Mmg la nak bg org ketawa bkn senang. Tapi skrg sampai amir raja lawak lg lawak skrg. Maaf la trpaksa bg teguran sbb kdg kala bila di atas kita perlu ingat knapa kita dpt ada kat situ skrg.
Ntah aku x penah minat pun dgn program hiburan maharaja lawak ke atau apa2 realiti tv show dulu2 tu. Lawak ni bg aku benda yg spontan bkn benda yg ko dah praktis, dah plan. Tp dah org melayu suka benda2 cmtu sukati korg la. By the way semua benda dlm hidup ni ada kitaran roda hidup dia. Kejap kt atas, kejap kt bwh, kejap kt tngh2. Jd bila ko dah sampai full cycle dlm perjalanan hidup ko mmg ko xkan dpt ulangi lg apa yg ko penah capai masa ko baru2 naik dan berada dipuncak hidup tu. Jd terima laa hakikat org xkan kemaruk mcm ketika ko mula2 dlm bidang yg ko buat tu. Bg peluang kt org lain laa pulak dan jgn push so hard utk repeat apa yg dah lps. Sbb benda2 mcm tu berlaku sekali seumur hidup. Pisang xkan berbuah 2x….
dia mcmni. oRg takkn bckp psl jodoh ko lebih2 klu ko sdri tak up gmbr video mesra2 dgn artis pmpn. Mkin ko up, mkin org suka memandai2. ni terbaru bt video dgn zara zya. Aku tgk pn mcm ntah apa. Menimbulkn fitnah..klu tak bercinta, tk pyhla pura2 berlakon mcm bercinta. Rilek2 je. ni ngn smua pmpn nk mesra. Cari publisiti ke? tnya je
To stay relevant
Tak ada orang mana menekan. Cuma ko sorang yang desperate nak attention.
Berbulan-bulan dok perah simpati lepas bini mati. Apa tidaknya bila VVIP pun dok ucap takziah. Lagi lah dok buat si desperado ni.
Maka jadi Penagih Simpati. Hari-hari mahu orang pujuk. Sampai guna anak-anak untuk perah.
Beginilah bila tak ada bakat. ‘Pelawak’ yang hambar. Kena cari publisiti murahan untuk cuba terus tarik perhatian. Macamlah orang hari-hari dok fikir hal dia. Banyak perasan, banyak ngada-ngada.
Aku rasa perbuatan ko yg menekan diri ko sendiri. Ko nak cari glamour dgn cerita2 salju ko jd ko kenalah trima response netizen hasil dari tindakan ko. Cuba ko bukak crita gi klinik gigi ke, gi repair kasut koyak ke atau gi beli tulang lembu kat kedai acheh ke barulah org relaks je bg response.
plislah ko jugak menggedik post video-video dengan Zara tu.
ZARA TAK LAWA. SHUIB TAK HENSEM.
MATCH JODOH.
ATAU INI GIMIK MARKETING DIREKA REKA. KALAU ZARA BUKAK BRANCH BUBBLE BEE.
Sweet jer diorang brdua. Zara pun tastw porsche. Sesuai dgn Shuib yg berjaya dlm bidang keusahawanan. Zara nmpk jenis sabar dan mmpu tangani hubungan dgn anak2 shuib. Aku doakan mereka berjodohan walaupun mula2 hnye mereka bersahabat sbb bisnes.
beratus artis yg masih solo dlm Msia ni, xde pun netizen nk jodoh2kan melainkan artis tu sndr yg menggatal pstu semua mnde nk upload kt soc med. nk mesra2, nk manih2, simpan dendiam sudah. kang aku ckp bodoh kanggggggggggggggggg