fbpx

“Saya Akan Pertahankan Hak Penjagaan Anak”

Kemelut rumah tangga masih tiada kesudahan lagi apabila menegaskan akan meneruskan perceraian, Adira Suhaimi berkata dia akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya seandainya berpisah dengan suami, Dato Red.

Namun, Adira memberitahu dia tidak akan sesekali memisahkan hubungan antara anak dan bapanya serta tidak akan menghalang mereka untuk berjumpa. Malah, ujarnya dia tidak pernah tinggalkan anak walaupun satu malam.

BACA: “Saya Akan Tetap Teruskan Penceraian Ini”

“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya.

“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.

“Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya sama ada masih tinggal sebumbung dengan suami, Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan masih menghormati Dato Red yang masih sah sebagai suaminya.

Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.