fbpx

“Saya Akan Ketawa Je, Benda Tak Betul Kenapa Perlu Terasa?”

Meskipun berdepan kontroversi mengenai hubungannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz, selebriti dan usahawan popular, Neelofa tetap tenang menjalani kehidupan dan rutin seperti biasa.

Semalam, menerusi laman Twitter miliknya, Neelofa memua naik status memberi peluang kepada pengikutnya untuk bertanyakan apa sahaja persoalan dan dia akan menjawab dengan jujur.

BACA: “Pernikahan Bukan Hanya Dua Jiwa Tapi Hal Dua Keluarga”

Tweet bekas pengacara MeleTOP itu mendapat sambutan ramai apabila pengikutnya mengambil kesempatan untuk bertanyakan segala soalan yang selama ini bermain di fikiran mereka.

Namun dalam banyak-banyak soalan ditanya, hanya dua soalan sahaja yang menjadi pilihan untuk dijawab olehnya. Antara soalan ditanya bagaimana dia berdepan selepas kandungan negatif mengenai dirinya.

Menurut Neelofa, dia hanya akan ketawa dan tidak ambil hati mahupun terasa jika terdapat komen negatif membabitkan dirinya di laman sosial. Jawapan Neelofa itu mendapat pujian daripada pengikutnya yang turut mendoakan agar dirinya terus kuat dan tabah menempuh ujian ini.