“Saya Akan Buat Live Permohonan Maaf Pada Ali Puteh & Keluarga”
Selepas dikecam teruk dan dikatakan punca kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam Bocey, akhirnya Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf secara terbuka dalam satu sidang media semalam.
Meskipun tidak mengetahui kesalahan apa yang dilakukannya dan merasakan tidak bersalah dalam hal itu, Aliff berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut dan tidak mahu terus dituduh penyebab kedua keluarga itu berpecah belah.
BACA: “Kepada Aliff Syukri Yang Sangat Hebat, Bertaubatlah!”
“Saya memohon maaf kepada Ali Puteh dan Hidayah, saya tak ada kena mengena dalam hal mereka. Sumpah dari awal saya tak tahu isu membabitkan mereka sekeluarga.
“Tapi saya malas nak panjang-panjang, saya pun tak rasa bersalah dalam hal ini sebab dia (Hidayah) yang bercerita dan saya hanya memberikan respon sahaja. Demi Allah tak ada niat, kalau tahu jadi macam ini, yang hanya akan mengaibkan saya, baik tak buat!,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Ali Puteh serta keluarganya utnuk memohon maaf, bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya akan mengadakan secara langsung di media sosial.
“Saya bersedia jumpa famili Ali termasuk ibunya, buat apa nak gaduh. Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, saya mendegar kedua-duanya. Dalam hal ini saya mengalah sahajalah, apa masalah mereka sedang lalui biarlah diselesaikan secara dalaman keluarga.
“Tapi permintaan Ali yang mahu saya berjumpa tanpa buat live, tak dapat saya penuhi. Saya seperti biasa akan tetap buat live dan tunjuk kepada pengikut,” katanya.
Terdahulu, Ali memohon agar Aliff bertaubat serta memohon agar jutawan kosmetik itu datang ke rumah tanpa membawa kamera untuk memohon maaf kepada ibunya yang terluka di atas tindakannya itu.
apakah pelajaran yg bole kita dapat dari kisah ini? kalau takde benda baik nak ckp, baik diam. peribahasa kerana mulut badan binasa, ni belom kena pukul. esok lusa kena kat silap org, mau kena pukul. mudah2an kita semua berubah utk kebaikan.
Pengajaran untuk klrga Ali, duit sumbangan orang ramai semasa hari Abam meninggal tidak boleh di faraidkan.
Jangan ambik hak anak yatim…berat seksaannya nanti.
Takyah lah live sume bnde tok. Ko ikhlas ke nk bntu bini aruah abam atau ko saje nk viral kan hal dorg. Hidup ko nk glam biaq hang. Tp x perlu libatkan dorg sekuarga. Atok kne tau bkn semua org boleh hadapi publisiti. Ada yg jd sewel. Ada yg stress. Atok kalo nk buat pahala atok pastikan je bini anak dan ibu abam dpt hak mereka dgn adil. Tanpa dpn camera. Semoga semuanya setel aman2 saja.