“Kepada Aliff Syukri Yang Sangat Hebat, Bertaubatlah!”
Menerusi sidang media semalam, Ali Puteh memberitahu tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bertanyakan soal harta peninggalan pada balu arwah abangnya telah menggores hati ibunya.
Ali turut memohon agar Aliff bertaubat kerana tindakannya itu secara tidak sengaja memecah belahkan silaturahim ahli keluarga mereka. Ali berkata, tiada masalah untuk memberi sumbangan tetapi soalan ditanya itu perlu mendapatkan persetujuan kedua belah keluarga.
BACA: Mohon Maaf Pada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni
“Mana adab dia sebagai seorang Islam. Sepatutnya soalan itu perlu minta persetujuan kedua-dua keluarga. Nak beri sumbangan, saya bersyukur sangat. Tapi bila dengar soalan itu, cuba bayangkan perasaan ibu saya. Kepada Aliff Syukri yang sangat hebat, bertaubatlah, pintu taubat sentiasa terbuka.
“Jangan pecahkan silaturahim keluarga. Dimana adab kamu kepada keluarga yang kamu pecah belahkan,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Ali memberitahu dia sudah memaafkan Aliff Syukri tetapi memohon agar jutawan kosmetik itu datang ke rumah tanpa membawa kamera untuk memohon maaf kepada ibunya yang terluka di atas tindakannya itu.
“Datuk dengan saya bukan tak kenal, Datuk kenal keluarga arwah. Kenapa begini Datuk? Walaupun tiada niat tapi secara tidak langsung kamu pecah belah keluarga kami.
“Keluarga saya dihina disebabkan Datuk. Kalau Datuk nak beri sumbangan boleh tapi kenapa merungkai aib keluarga kami.
“Jika Datuk malu nak mohon maaf kepada saya, tak apa saya sudah maafkan Datuk. Tapi datanglah ke rumah memohon maaf kepada ibu saya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
dah terbuka belang kau si ali baru nak cerita silaturrahim
Hati aliff tu ada penyakit. Riak takbur dan bongkak. Warganet sekelian, Aliff adalah contoh yang tidak baik.
Boikot je makhluk perosak tu
aliff ke ali?
Semua org rasanya akn tanya..ada ke harta di tinggakn suami utk balu..
Mnusia mmg mcm nih bkn aliff je. Cuma aliiff tu lurus bendul. Lurus bendul kkdg ada org suka..kekdg ada yg sentap..
sudah2la tu ali.. nak tuding jari.. semua org salah.. semua org binatang, jahat, kena bertaubat.. sama2 kita bersihkan kita.. . baru yg keluar dari mulut tu benda2 yg baik..
*bersihkan hati kita
semua da ditentukan….jgn burukkan lagi keadaan…alif adalah perantara saja yg telah diaturkn …klu tak kesian kak ipar awak tu ali..seringgit pun awak nak tanya..awak patut bertaubat..
1 malaysia dh masak dgn sikap n perangai dato aliff hbs tu tak kn kamu pun nak jadi mcm dy juga…kalau kamu ada akal yg waras walaupun mcm2 ujian yg kamu hadapi tak bermaksud kamu bole kuar kan kate2 mcm tu pada kakak ipar kamu…kalau kamu buat cara yg betul insya allah akan permudahkan urusan kamu sekeluarga…selesaikan dgn cara yg betul?
Nak ziarah org yg tengah bsedih atas kematian kn adab… apa hak aliff syukri Tanya soal harta pusaka, di saat org bduka n emosi… Siap rakam…
Ada terbaca kat fesbuk , duit sumbangan TMJ bagi ( dengar cerita lebih 10 k ) pada balu arwah pun si hitam ni rembat … Mamat ni dulu budak sekolah gombak , memang budak kelas belakang ponn!!!
aku je ke yg perasan Ali sejak kecoh sehari dua ni, dia punya sembang lembut sangat… nak raih simpati ke apa… gaya cakap lembut2 gitu dah mcm dengar ucapan dari PU, Dai…
Jangan bt fitnah. Aliff shukri ni blh dikatakan pencetus pd dosa2 yg dibuat oleh netizens yg pos salahkan klrga Abam n isteri Abam. Bertaubatla Aliff Shukri. Niat tak menghalalkan Cara. Ingat Tu…Allah Ada
Nak beri sumbangan dan ambil video ok je, itu hak dato. Tapi, jgn tanya soalan2 cepumas dato.
Aku baca transkrip video DTL dgn hidayah kat mstar. Pendek je jawapan dayah. Mak pak dia pun sama. Entah part mana pulak yg dayah dah mengaibkan ali dan family?
Guna nama mak dia pulak.. ?
Guna nama mak dia pulak.. ?
Ali ni dok menyalahkan aliff aje..bg aku ali ni dah gelabah sbb tembelang dia dah pecah.. Apapon alasan yg dia bagi psl wallet, kereta dan henfon tu mng x masuk akal.. Kalo aliff syukri x bongkar mmg sampai bile pun nasib dayah tu tak terbela.. Mamat nih byk kelentong
Wahai kawan semua..
Biarlah ALLAH yg menentukan semuanya yg terjadi masalah semua ni. Kalau di bwa kes ke mahkmh pun ALLAH yg tentukan.
Kita manusia tak perlu menghakimi org itu dan org ini.
Hidup perlu ada toleransi.
Berebut harta itu dan ini..klau ALLAH tak izinkan semuapun tak dapat.
Harta di dlm simpanan dlm bank pun boleh hilang dlm bntal pun boleh hilang..jika ALLAH mahukan. ALLAH yg mmberi dan ALLAH yg mengambil.
Bertegang urat bergduh pun x guna.
Bab harta , duit pandai nak guna hukum hakam. Langsung xder timbang rasa. Hipokrit tahap dewa!