fbpx

“Saya Agak Terkejut Dengan Kenyataan Sharnaaz”

Spekulasi mengenai status rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila Noor Nabila mengesahkan sudah menfailkan perceraian terhadap suaminya.

Sebelum ini, Sharnaaz memberitahu dia redha jika perpisahan yang dipinta isterinya dan tiada apa lagi mampu dilakukan. Bagaimanapun, Nabila menegaskan keputusan untuk berpisah itu adalah hasil persetujuan bersama.

BACA: “Saya Boleh Jamin, Bukan Soal Baran Jadi Masalah”

“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.

“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” katanya kepada BH Online.

Menurut Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pada masa sama, peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.

“Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

“Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila enggan memberikan komen apabila ditanya mengenai punca perceraian kemungkinan sikap panas baran suami atau wujud orang ketiga, namun mengakui mereka sudah tidak sebumbung sejak Februari tahun lalu.