“Saya Ada Tengok Video Mereka, Sugu Pavithra Patut Disanjungi”
Baru-baru ini tular mengenai YouTuber popular, Sugu Pavithra meletakkan harga RM10,000 kepada pengacara Anim Ezati Rizki untuk program masakan selama satu jam. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang Anim yang mengatakan harga seperti taraf Chef Wan.
Memberikan komen mengenai isu itu, Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki mereka.
BACA: 33 Tahun Chef Wan Jaga Kebajikan Isteri Walaupun Berpisah
“Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian.
“Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengakui ada menonton video pasangan itu di laman Youtube, Chef Wan berkata pasangan itu ternyata berjaya menambat hati orang ramai dengan kepetahannya berturut dalam bahasa Melayu dan pasangan itu sepatutnya disanjungi.
“Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.
“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada. Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya.
Terdahulu menerusi perkongsian di Insta Story, Anim mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.
Tampil menjelaskan mengenai isu itu, menurut Sugu itu bukan harga yang sebenar kerana sebolehnya mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan.
- SUMBER
- Astro Gempak
Semua nk menempek kt Akaa Sugu ni skg. Biasa lah dah popular khenn. dedulu sapa pun x heran yg kekonon nye geng2 selebritis semua ni. Puih.
Good job dato. Sokong sugu dan org2 yg berjaya buat content bernilai di youtube. Bkn papar bnde bodoh2.
Secara am nya mana2 chanel Tv sekarang ni dah xde org tgk sgt.
Terpaksa cari youtubers atau instafamous?
Patut nya sugu caj rm30k. Baru baloi…
Youtube byr dia lg masyuk. Buat apa la dia susah2 ngadap jln jem ke studio tv? Aku pun teringin jd cmni tp xde bakat nak dipaparkan dan x rajin nk up video.
Test
Hehe setakat TV tiga suku tu x pyh le hadap org zmn skrg layan Astro Awani/ Bernama x koser lah Buletin Utama pun dah berkurun x tengok.
youtube pun boleh buat duit knp nk masuk tv perdana lain la payment meletop ya amat ? youtube satu donia org boleh share why bother x3
adat dunia dah fofuler pakat2 komen klau x viral sape x hinggin :((
Belum ada lagi ikon masakan kaum India why tak de ke yg mau sponsor pelirk betul…tapi kedai mamak korang masok hentam jilat sampai ke siku wlpun ayam/sayur cuci tepi jamban.
anim tu pun terlalulah nak bangkitkan org. org begini ambil kesempatan boleh tahan perangai. dah tak mampu bayar tak perlulah hebohkan
Terbaik jgn lupa diri.
anim tu siapa sis. acik x kenal. sugu tu acik kenal la.
Oiii melayu…sugu tu laki pavithra la…sugu2..apooo sugu2 cakap la sugu dan pavithra…
Haha..masuk tv pun blm tentu payment masuk on time. Baik fokus pd youtube jer..kurang migrain and liver pain…gitewww
Takpe la sugu + pavithra.. sugu pun boleh. Wakil pavithra. Sweet gitchu
tak lama lg pavithra ni mesti jadi putih gebu, just wait & see laaaaaa. Ni pon dah digayakan ala2 model pepatung gitew….
Uiiiik Chef Wan kemain puji Pavithra ya. Sampai nak kena sanjung bagai….
Dulu masa Chef Nik Michael Imran tengah famous kemain ko komen kata dia cuma ada “Rupa” sebab Chef Nik Michael Imran laku keras sebab menang MasterChef.
Kenapa sekarang nak sanjung pulak youtuber famous ????
Puuiiiiiih !!!! MOKLU sanjung sanjung.
Cerita yg keluar kat Social Media a few years ago. “Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri.”