fbpx

33 Tahun Chef Wan Jaga Kebajikan Isteri Walaupun Berpisah

Bekas isterinya tealah pun pergi menghadap Ilahi pada Mac lalu, baru-baru ini chef selebriti terkenal Dato Redzuawan Bin Ismail atau Chef Wan memuat naik gambar kenangan mereka sekeluarga beraya bersama.

Menerusi perkongsian itu, Chef Wan menyifatkan bekas isterinya itu seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Meskipun sudah bercerai 33 tahun, namun Chef Wan masih menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan isterinya.

BACA: Bekas Isteri Chef Wan Meninggal Dunia

Berceritakan kisah masa lalu, Chef Wan berkata perkahawinan mereka diaturkan oleh keluarga dan ketika itu dia berusia 22 tahun, manakala isterinya berusia 19 tahun.

Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja, namun Chef Wan berkata dia sudah pun berjanji di hadapan bekas isterinya bahawa dia akan menjaga kebajikannya sehingga ke akhir hayatnya kerana baginya wanita itu adalah ibu kepada anak-anaknya juga.

Malah, Chef Wan berkata dia turut membelikan sebuah apartment untuk bekas isterinya berdekatan rumahnya dan memberikan wang elaun sebanyak RM5,000 sebulan untuk membeli keperluan.

Chef Wan berkata dia sentiasa mewahkan bekas isterinya selagi termampu namun wanita itu tidak pernah meminta apa-apa daripadanya dan tidak pernah menyusahkan dirinya.

Terdahulu, Chef Wan berkahwin dengan Norhayate Ayub pada usia muda, namun kemudian bercerai. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Serina dan Muhammad Nazri atau Chef Riz.

Norhayate menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada 18 Mac 2020 akibat kompilikasi buah pinggang dan jantung.