Segala teka-teki akhirnya terjawab apabila Aishah dan Shiha Zikir muncul di pentas Semi Final Muzik-Muzik 35 menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu.
Kedua-dua penyanyi telah pun menyampaikan lagu tersebut dengan baik dan lebih manis lagu 7 Nasihat dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 bagi hari yang kedua.
BACA: Siti Nurhaliza, Dr Sheikh Muszaphar Individu Paling Dikagumi Di Malaysia
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Siti ada memuat naik video rakaman perbualan telefon bersama Aishah yang menggantikan tempatnya. Dalam perbualan itu, Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada pencipta lagu iaitu Ippo Hafiz dan Aishah yang sudi membawa lagu tersebut.
Siti turut menyampaikan kad ucapan penghargaan kepada Aishah dan mendoakan Shiha Zikir serta pencipta lagu iaitu Kmy Kmo dan Luca agar membuat persembahan yang terbaik pada malam tersebut.
Merupakan satu penghormatan besar baginya apabila penyanyi idolanya sendiri sudi menyampaikan lagu tersebut, Siti berkata sebelum menjadi artis dia sering menyanyikan lagu-lagu Aishah ketika menyertai pertandingan.
“Terima kasih Kak Aishah sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa saya belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.
“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya. All the best kak!” katanya.