Penceraian Sasha Saidin memang sesuatu yang mengejutkan peminat dunia hiburan tahun ini. Tiada sebarang khabar, tahu tahu sahaja pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.
Punca utama penceraian mereka masih menjadi tanda tanya namun baru baru ini Sasha Saidin tampil membuka cerita sebenar kepada wartawan Berita Harian.
Menurut Sasha Saidin, beliau tidak berasa diri sunyi menjalani ibadah puasa tahun ini tanpa suami kerana sejak setahun lalu, hubungan mereka sudah pun mulai dingin.
“Kami sudah lama renggang, jadi perasaan sunyi & sayu tidak terasa walaupun tahun ini saya meraikan Ramadan sebagai ibu tunggal,” ujar Sasha Saidin yang kini berusia 35 tahun.
Walaupun hubungan mereka dingin dan kini sudah pun berpisah, bekas suami beliau Salyo Priyanto Nutosoemarsono tidak pernah mengabaikan tanggungjawab nafkah & menjaga anak mereka, Arya.
Kami ada membaca beberapa laporan akhbar termasuk berbahasa Inggeris yang menyebut penceraian Sasha Saidin & suami merupakan penceraian paling tenang dalam sejarah dunia hiburan tahun ini. Heh.