fbpx

Sasha Elite Dan Suami, Salyo Priyanto Sah Bercerai Talak Satu

Sasha Elite Dan Suami, Salyo Priyanto Sah Bercerai Talak SatuTiada drama mahu pun sebarang kenyataan pemedih hati antara mereka. Rumahtangga Sasha Elite & Salyo Priyanto yang di’bina selama lima tahun nampaknya sampai di’sini sahaja.

Laporan mStar Online awal malam ini menyebut yang Salyo Priyanto melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha Elite di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Pasangan ini di’sahkan bercerai oleh mahkamah sekitar jam 2.55 pagi dan kedua dua mereka di’lihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai di’lakukan.

Sasha Elite & Salyo Priyanto telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Salyo Priyanto di’arahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 selama 3 bulan selain turut bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.