Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Bakal Berbulan Madu Ke New York Jun Ini
Pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie yang baru semalam bernikah, memilih New York, Amerika Syarikat, sebagai destinasi percutian bulan madu mereka tidak lama lagi.
BACA: Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri
Walaupun ia bukanlah kali pertama bagi mereka dua menjejakkan kaki di kota metropolitan tersebut, namun pasangan ini mempunyai sebab mengapa mereka mahu kembali ke situ lebih-lebih lagi kali ini adalah atas tujuan berbulan madu pula.
“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York”
“Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire State Building,” ujar Sarimah yang kepada Mangga Online. Mungkin juga mereka ingin menikmati suasana romantik berdua di sana.
Malah, Tunku Jamie juga mengakui pernah merancang membawa isterinya berbulan madu di New York selama tiga minggu sekitar bulan Jun nanti dan tambahnya, dia dapat merasakan bahawa percutian kali ini bakal menjadi percutian yang paling manis buat mereka berdua. (rtky/s)
Nak terawikh kat new york ka Tunku?
????
it’s everyone’s wish to see the cosmopolitan city new york, the city that never sleeps and where the world trade centre once captured world attention when it fell to pieces due to terrorist attack. But going for a honeymoon there is quite strange as only the hyper adventurous like sarimah would love to go there. Nice to see sarimah’s family in the photo. Among the negeri sembilan royal clan, i recognize tuanku juwahir at the far left. I personally knew her when she was studying in USM several years ago. She’s charming and friendly.. and I am sure, the bridegroom being her nephew should be just like her. Happy honeymoon to this special couple.
Manis je.. x perlu grand dan gah.. bersanding pun, pakai baju kurung je..
Tntu Lbih mnis lg klau sarimah brtudung..
seronok sarimah berlakikan kerabat. ketuk habis lah duit jamie ni. harap bertahan lah ek. mau tang bawah tu sama semak mcm jambang dia.