Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri
Tahniah kepada Sarimah Ibrahim yang kini sudah sah bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, jam 12.38 tengah hari tadi dengan sekali lafaz.
BACA: Sarimah Ibrahim, Andrew Sah Cerai Talak Tiga
Pasangan itu dinikahkan jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan disaksikan wali-bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad dalam majlis itu bertemakan tradisional dan kemelayuan yang berlangsung di Hotel Prince KL, di sini.
Dalam majlis pernikahan tersebut, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.
Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum bertunang pada 27 September tahun lalu.. Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.
Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.
cantik Sarimah…Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga kesyurga, Amin.
selamat mendirikan rumah tangga….mudah2an kekal hingga ke Jannah…….Aamin
sedap la mlm jumaat dpt mengongkek..lama xdpt tu..
pe perasaan ek..huhu
dgn adanya jodoh yang Allah bagi…..menghadirkan sesuatu perasaan yg buleh dikatakan cinta…..selamat pengantin baru kpda sarimah dan pasangan semoga menjalani kehidupan yg susah dan senang bersama hingga membawa ke syurga….
kenang kembali sewaktu sarimah menjadi hos program kanak2 dulu di sebuah rancangan TV memang terhibur dan disukai ramai terutama budak2 kecil. Orang nya ceria selalu dan fasih berbahasa melayu dan inggeris. Sarimah contoh seorang anak melayu yang mempunyai darah kacukan irish dan melayu yang petah bercakap melayu dan tidak sombong orangnya. Pernah juga beberapa tahun dulu pernah nampak dia bertemu dgn seorang jejaka berbangsa inggeris di strsbuck kuantan kemungkinan bekas suaminya, tapi mereka berpisah berjalan berasingan sejurus selepas tu. Apa pun masa duka telah berlalu dan kini tirai baru terbuka dengan suntikan cinta baru. Sama2 cantik, sama2 berfikiran matang, sama2 intelek dan urban malay, kami doakan selepas diijabkabulkan perkahwinan kedua bagi pasangan ni, semoga berbahagia dan berkekalan dan dapatlah menimang cahayamata tidak lama lagi.
Alhamdulillaah..
Barakallahulak wa baaraka ‘Alaik
Wa jaama’a bainakumaa fii khaiir. Amin