fbpx

Sari Yanti Menangis Tahan Sakit Bersalin Anak Keempat

Selamat menimang anak keempat pada 6 Jun lalu, bagaimanapun Sari Yanti berkata proses melahirkan bayi lelaki itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan meskipun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sari berkata dia bertarung nyawa melawan kesakitan beberapa jam sebelum bersalin. Mengimbau kembali wajah suaminya yang berada disisi ketika menunggu proses bersalin, Jep seperti mahu menangis kerana terlalu risau.

BACA: Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Anak Kedua

“Ceritanya kakak masuk bilik bersalin lepas subuh. Tapi sang putera ambil keputusan nak keluar lambat sikit. Bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan jururawat yang bantu kakak.

“Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari. Ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat.

“Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih, macam dia nak ikut nangis sekali, agaknya apatah yang dia rasa. Terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada dan bagi semangat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sari berkata pengalaman bersalin kali ini berbeza dengan sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19 dimana keluarganya tidak dapat bersama di hospital untuk menunggu.

Bagaimanapun, Sari tidak putus-putus menzahirkan rasa syukur kerana proses bersalin dipermudahkan. Sari turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta anaknya.