fbpx

Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah buat Sari Yanti dan juga Jep Sepahtu kerana selamat menimang cahaya mata kedua mereka, bayi lelaki semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh Jep sebentar tadi menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Jep memaklumkan isterinya sudah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 6 Jun 2020. Jep turut meluahkan rasa syukur dan menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya kerana melahirkan cahaya mata mereka.

BACA: Sari Yanti Umum Hamil Enam Bulan

Jep turut memuat naik foto puteranya bagaimanapun tidak didedahkan wajahnya, malah namanya juga tidak diumumkan lagi. Di ruangan komen ramai membanjiri laman sosial pelawak itu dengan ucapan tahniah diatas kelahiran anak kedua mereka.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Sari Yanti dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel anak pasangan ini!