Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Fify Azmi mendedahkan dirinya didakwa dicurangi oleh teman lelakinya.
Menerusi hantaran di Threads, Fify turut memuat naik mesej perbualan didakwa melibatkan kekasihnya dengan seorang wanita.
BACA: Fify Azmi Dicurangi Kekasih Pada Hari Lahir
Susulan pendedahan mesej tersebut, nama Sarah Yasmine menjadi perhatian berdasarkan gambar profil yang dipaparkan pada mesej berkenaan.
Tidak hanya berdiam diri, Sarah menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi sebaliknya hanya berkawan rapat.
Sarah menjelaskan dia ke rumah Niezam hanyalah untuk membantu aktor yang baru berpindah ke kediaman baru.
Menerusi satu hantaran terbaru Sarah mendakwa Fify memaksanya untuk bersama Niezam meskipun sudah menjelaskan mereka hanya kawan.

“Awak paksa saya bersama dengan Niezam walaupun saya dah berkali jelaskan yang saya dan dia cuma kawan.
“Kalau ada pun, masa korang berdua tak bersama tahun lalu, sekarang awak buat macam saya yang rosakkan ‘hubungan’ awak dengan dia.
“Keluarkan saya dari semua ni. Saya tak patut balas awak, saya betul sebab buat baik dengan awak, salah saya sebab masih nak buat awak tenang dengan mendengar cerita awak.
“Malah saya sekat dia (Niezam) merata-rata untuk buat awak rasa lebih baik. Saya tak sepatutnya benci atau layan dia teruk sebab awak,” katanya.

Sementara itu, Sarah turut menyifatkan Fify seorang yang licik serta mendakwa dia turut membantu Niezam untuk kembali kepada aktres berkenaan.
“Kau memang licik sebab buat macam ni pada aku atau Niezam. Dia memang nak kau balik sebab dia sangka kau la orang yang dia boleh percayai seumur hidupnya, dan inilah yang kau buat padanya.
“Kemudian heret aku masuk campur. Aku pun CUBA BANTU DIA DAPATKAN KAU KEMBALI, BRO. Beraninya kau buat macam ni pada kami? Aku mula nampak betapa mentalnya kau sebenarnya.
“Cakap ada sembang perempuan lain juga tapi post aku sorang dan DP aku sekali sedangkan aku dah cakap jangan dan kau setuju,” tulisnya.