“Banyak Kebaikan Dibuat Siti Sarah Dalam Senyap, Duit Bulanan Diguna Untuk Sedekah”
Ketika di awal perkahwinan, Shuib Sepahtu berkongsikan arwah isterinya, Siti Sarah tidak pernah mengeluh meskipun kehidupan mereka berdepan kesulitan sehingga terpaksa berhutang pemberian mas kahwin.
Menerusi sesi live sebentar tadi, Shuib berkata meskipun Sarah sudah popular sebagai penyanyi namun arwah sentiasa setia bersamanya sehingga ke akhir hayatnya.
BACA: “Saya Tertanya Apa Kebaikan Arwah Siti Sarah Hingga Ramai Mendoakannya?”
“Dalam apa sahaja keadaan baik susah dan senang, Siti Sarah tidak pernah tinggalkan saya. Dia tidak pernah malu teman saya berniaga di pasar malam ketika sedang hamil walaupun namanya popular sebagai artis.
“Saya kagum dengan kesetiaannya pada saya, sentiasa beri saya sokongan dan kekuatan. Apa sahaja kejayaan saya hari ini adalah kerana tuah dia. Saya tidak malu mengakui saya berkongsi tuah isteri saya,” katanya.
Sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga, Shuib menyifatkan bidadarinya itu seorang isteri yang sangat setia, taat dan begitu menghormati suaminya.
Lebih sebak, Shuib berkata selama ini banyak kebaikan dilakukan arwah dalam senyap dengan banyak bersedekah. Katanya, isterinya itu tidak pernah berkira soal duit ringgit dan kasih sayang.
“Terima kasih pada 11 tahun yang luar biasa buat isteri saya. Dia tidak pernah berkira dengan sedekah jariah. Rupa-rupanya banyak kebaikan dibuatnya dalam senyap.
“Duit yang saya bagi pada dia disalurkan pada sedekah dan kerana kemuliaan dia, Allah kurniakan saya rezeki yang melimpah ruah,” katanya.
Reda dengan pemergian isterinya, Shuib berkata Allah hanya pinjamkan isterinya selama 11 tahun sahaja. Ujarnya dia pernah bergurau dengan arwah isteri mahu meninggal dalam syahid, rupanya arwah Sarah yang akan pergi dahulu.
“Saya semakin sedar bahawa isteri bukan milik saya, dia milik Allah. Isteri saya hanya dipinjamkan untuk 11 tahun sahaja, namun 11 tahun yang luar biasa.
“Saya redha menerima ketentuan ini dan dalam masa sama saya amat mencemburui pemergian isteri saya dalam husnol khotimah. Saya pernah bergurau dengan arwah isteri saya bahawa saya mahu meninggal dunia dalam syahid.
“Rupa-rupanya dia yang ‘pergi’ syahid, dia dapat layanan istimewa daripada Allah. Dasyhatnya pemergian Siti Sarah Raissuddin ini. Satu persatu Allah permudahkan,” ujarnya.
- SUMBER
- Astro Awani
Insaf….
Kita semua kena byk bersedekah, amal jariah…dan hormat suami / isteri Kita sentiasa..
@Dlm Ingatan…betul tu insaf…hidup ni unpredictable sgt, mmg dia baik itu sebab dia sudi menerima Shuib seadanya…Takziah, semoga Shuib kuat menerima dugaan ini…kesian. Tak boleh digambarkan perasaan itu, especially kalau pasangan baik sangat…hmmm
*sometimes we got carried away when we commented on people we don’t even know, be nice…terperanjat dgn pemergianya yg tertiba, sungguh teruk penangan covid…Pergi jab semua, jaga diri…jgn langgar SOP, bila dah semua reda maybe dunia akan kembali pulih…Insya’Allah.
Trlalu bnyk puji pujian..hmm?
I have to agree this is getting out of hand. I tot I was the only one. Yes takziah but chill people ni macam dah melebih2 dgn pujian semua.