fbpx

Menyimpan hasrat untuk membeli telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 dan PlayStation 5 yang kini menjadi kegilaan ramai, bagaimanapun pelakon Fizo Omar sanggup mengenepikan keinginannya itu demi kebahagiaan ibunya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo memberitahu dia ketepikan hasratnya untuk memiliki kedua-dua gajet itu dan menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.

BACA: Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Bergambar Dengan Artis

Menurut Fizo, skuter itu boleh digunakan ibunya untuk ke surau. Fizo berkata jika ibunya gembira pasti akan bertambah rezekinya kelak dan tidak mustahil jika dapat membeli apa yang diinginkan satu hari nanti.

“Hopefully perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu. Hmmmm…iphone 12, PS5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iPhone n PS5, dengan kedai sekali boleh beli,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji Fizo dan tindakannya boleh dijadikan contoh kepada mereka yang lain untuk terus berbakti kepada ibu bapa.