Sanggup Ketepikan iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Beli Skuter Untuk Ibu Ke Surau
Menyimpan hasrat untuk membeli telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 dan PlayStation 5 yang kini menjadi kegilaan ramai, bagaimanapun pelakon Fizo Omar sanggup mengenepikan keinginannya itu demi kebahagiaan ibunya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo memberitahu dia ketepikan hasratnya untuk memiliki kedua-dua gajet itu dan menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.
BACA: Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Bergambar Dengan Artis
Menurut Fizo, skuter itu boleh digunakan ibunya untuk ke surau. Fizo berkata jika ibunya gembira pasti akan bertambah rezekinya kelak dan tidak mustahil jika dapat membeli apa yang diinginkan satu hari nanti.
“Hopefully perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu. Hmmmm…iphone 12, PS5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iPhone n PS5, dengan kedai sekali boleh beli,” tulisnya.
Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji Fizo dan tindakannya boleh dijadikan contoh kepada mereka yang lain untuk terus berbakti kepada ibu bapa.
Alhamdulillah.. Besar pahala mu bey..
Berapa satu tu? Teringin juga nak beli utk mak.pi surau, kedai dan Jalan2 dlm kampung ok ni
Itu pon kau nak ckp ke????…..beli jer skuter tu tanpe perlu ckp kau korban kemauan diri nak beli handphone dgn play station semata2 nak dahulu kan keperluan org tua. Nampak sgt attention seekers dan nampak sgt dah tua tapi childish.harap ko baca komen aku ni.
Ala setakat iphone dgn ps5, tak yah cite, tak impress pun
Please la. Nak berkorban ke apa buat je takyah bagitau. Nampak tak ikhlas jadinya. Tangan kanan memberi, tangan kiri tak perlu tahu. Apa lagi orang lain.
baru skang sibuk nak keje pahala ibu bagai. konon2 anak sejati.masa kawin nak bebini x pikir tanggungjawab jaga bini pun xpikir. baru nak sibuk kejar pahala. ko ingat bini tu pencacai taik ko ke. baik ko x yah kawin nyusahkan anak dara orang je puuuiiiii kelantan laki mmg cenggini. acah acah masuk syurga taikkkkk ko
alhamdulillah.. doa moga rezeki semorang dipermudahkan juge..
Dia bukan share belikan Proton x70 ke, Mercedes ke? BMW ke? Fizo share dia beli scooter je yg untuk digunakan ke Surau atau Masjid. Benda elok la tu. Bukan benda mewah. Korang semua mampu beli.
Dari beli handphone yg ribu riban, elok lah belikan sesuatu yg amat berguna untuk insan yg kita sayang.
Gossip ni beri aku inspirasi untuk berjasa kat ibu & bapa. Ada fresh grad belanja nak bergaya dengan iPhone, pinjaman PTPTN pun tak habis bayar.