“Sampaikan Setiap Hari Mimpi Kiamat” – Isteri Fad Bocey
Baru saja membuat keputusan untuk berhijab pada 19 Januari lalu, isteri kepada pelawak terkenal Fad Bocey, Nur Syahirah berkongsikan kisah penghijrahannya.
Menerusi Instagram, Syahirah atau lebih dikenali sebagai Sya memberitahu hampir setiap hari dia bermimpikan tentang hari kiamat dan satu demi satu ahli keluarganya meninggalkannya.
BACA: Isteri Fad Bocey Hamil Lagi, Mahu Anak Kembar
Ujarnya lagi, perkongsiannya itu bukan niat mahu menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsikan sebab dirinya bertudung dan sebenarnya sudah lama dia berniat untuk memakai hijab.
“Bermula episod baru, tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa macam tak yakin.
“MashaAllah bukan mudah istiqamah tu. Tapi satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dalam keadaan resah. Kalau kemana mana mesti otak pikir kalau eksiden mati macam mana. Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu satu tinggalkan saya.
“Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him saya jadi tertanya tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti fikir. Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima. Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak.
“Takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya. Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan,” tulisnya.
Ujarnya lagi, bertudung bukan bermakna seseorang itu sudah cukup sempurna tetapi dengan berhijab ia akan membawa ke arah lebih baik.
Dalam pada itu, Sya memberitahu dia masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Sya juga meluahkan rasa syukur di atas kata-kata semangat yang berikan oleh mereka di luar sana dan meminta agar sentiasa mendoakannya untuk terus istiqamah dalam berhijab.
Eyes rolling up emoji
alhamdulillah. semoga istiqomah. slow berubah pun alhamdulillah dari tiada perubahan langsung.
tutup aurat tak perlu explanation kenapa dan bila kot. benda wajib tak perlu nak bagitau sekampong. semua org dah tau. diam2 sudah laa, esok2 kang kalau terbukak hijab cam emma maembong kang dah cerita lain pulak.
Si kk ni la contoh manusia tgh pagar. Kiri tak kena, kanan tak kena. Jgn negativ sgt, boleh dpt kanser.
Syabas bettey
takde apa nak megah pasal bertudung … dah mmg wajib kann…
As hard as it maybe, I have to agree with u…benda takde apa pn sebenarnya…memang wajib pun lepas baligh…tutup dapat pahala, tak tutup berdosa, as simple as that…
Alhamdulillah …..
Hidayah itu milik Allah. Bagi yg telah memperoleh hidayah, jaga n peliharalah kerana IA adalah nikmat yang sangat berharga. Semuga terus diberi hidayah & perlindungan oleh Allah swt. AAMIIN
Yek eleh org sibuk gossip bukak tudung dia pun sibuk share dia berhijab mimpi kiamat. Diam sudahla buat aja dalam senyap. Kau tu bukan artis.
Suami dia kan retis kena la support jugak. Tp bguslah dia dh bhijab. Cuma bhijab tu mesti d sertakan ngn amalan. Papun syabas.
Ini lah melayu islam namanya…islam taeikpikal..segala benda ko nak story…benda mcm tu tak payah nak story bagai lah…lain lah kau tu kapir hannat mcm macai2 pian yg baru nak masuk islam..kau tu islam tapi silap nya kau tu agama melayu jer baru nak masuk islam..semua benda nak share..dok diam2 sudah lah..kan esok lusa mimpi laki ko dok tala pukky betina seksi rambut grey…ko meroyan nak bukak tudong jadi seksi semula.loserrrrr..lepas guna alasan sbb hari2 mimpi laki ko memukky dgn betina seksi rambut blonde..apooooooooo..loserrr. keep ur story for ur own dh lah.geliii
Mimpi bab kiamat dan kematian serta ahli keluarga smua tingalkan… Tu tanda simbolik bermaksud bagus dari segi hijrah atas niat hati yg suci asal ikhlas istoqamah dan bersunguh sunguh kerna di akhir zaman tanpa pengajian agama serta berguru amatlah mudah diri manusia tertipu