Isteri Fad Bocey Hamil, Harap Dapat Anak Kembar Lagi
Tahniah diucapkan kepada penyampai radio dan pelawak, Fad Bocey yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Menerusi Instagram, Fad telah mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik gambar imbasan kandungan isterinya.
BACA: Di Sekitar Majlis Akikah Anak Fad Bocey & Isteri

“Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah untuk kami lagi. Adakah kembar girl kali ni,” tulisnya di akaun Instagram sambil berseloroh mengenai kehamilan isterinya buat kali kedua itu.
Tidak lama selepas posting tersebut dimuat naik, ruangan komen pelawak itu mula dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang ternyata gembira dengan berita tersebut. Malah ramai juga yang mendoakan pasangan itu akan mendapat anak kembar buat kali kedua pula.
Sebelum ini, Fad dan isteri mempunyai anak kembar pertama, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015. Apapun kalau doa yang dipanjat termakbul untuk Fad dan isteri menimang anak kembar buat kali kedua memang bertuah dan meriahlah keluarga nanti. (rtky/w)
waw
kembar ya
iyaa
Tahniah.. rezeki tu.. kena bersyukur selalu.. alhamdulillah
anak kembar sekali lagi… jika betul bertuah lah pasangan ni. Ni lah rezeki yg tuhan nak beri dan nampak nya mereka mensyukuri kiranya betul. Tiada halangan dari soal tak cukup duit nak sebagainya nak bela zuriat yg bertambah. Ye lah anak2 pembawa rezeki kpd keluarga.
congrats! wahhh nk kembar lgi ye hope tcapai .. amin amin