fbpx

“Sampai Mati Aku Takkan Jumpa Perempuan Macam Dia”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak dan pelakon Shuk Sahar apabila seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya memuat naik video lelaki separuh bogel mirip dirinya.

Bagaimanapun, Shuk menafikan video menafikan bahawa ia bukan video baharu seperti didakwa serta bakal membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.

BACA: “Aku Dah Lari Jauh, Kau Datang Balik Siap Kata Nak Kahwin” – Fara Salleh

Terbaru, menerusi IG Live, Shuk meluahkan rasa terkilan apabila wanita berkenaan membuat pendedahan sedangkan ianya kisah lama. Malah, dia sudah pun menerima ‘balasan’ di atas perbuatannya itu.

“Aku pun dah tak tahu ada lagi ke stesen nak ambil aku setelah berlaku macam tu. So aku dah hadap part aku. So aku harap, dia akan ada part masing-masing lah. Baru benda tu adil kan,” katanya.

Menerusi ruangan komen sesi live tersebut, rata-rata netizen mendesak Shuk untuk berubah dan kembali ke pangkuan isterinya. Bagaimanapun, Shuk akui keliru kerana dia tidak lagi mengulangi kesilapan lama.

“Korang nak saya berubah jadi apa ni? Kenapa nak suruh saya berubah lagi. Saya dah tak tahu nak berubah jadi apa dah. Yang suruh saya berubah ni, nak saya berubah jadi apa,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk sempat berkongsikan mengenai isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah merupakan seorang wanita yang kuat dan tidak mungkin dia akan jumpa insan sehebatnya.

“Kalau cakap pasal Serra ni, aku rasa sampai mati pun aku takkan jumpa perempuan macam dia. Dia hadap dengan aku benda ni selama empat tahun dan dia masih ada dengan aku, teman aku. Aku bersyukur aku dapat berjumpa dengan Serra. Aku cuma kenal dia enam bulan, kitaorang bercinta enam bulan then kahwin.

“Yang ada orang pertikaikan, kenapa dengan bini aku enam bulan kenal terus kahwin. Kenapa dengan orang lain kenal empat tahun pun tak boleh kahwin. Mungkin sebab itu lah, Allah dah tentukan siapa yang terbaik untuk kita.

“Dalam enam bulan tu, Allah dah bagi aku jumpa orang yang terbaik dan aku rasa aku takkan dapat ganti yang lebih baik daripada Serra,” katanya.

Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Fara Salleh mendedahkan sudah penat dipersalahkan kerana mengganggu rumah tangga orang. Dakwa wanita itu lagi, dia pernah jauhkan diri tetapi pelawak itu datang kembali malah mengajaknya untuk berkahwin.