fbpx

“Sampai Hari Ini Saya Tak Makan Pisang…” – Tiz Zaqyah

Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan sehingga hari ini dia tidak  menikmati buah pisang ketika berada di tempat awam.

Perkara itu didedahkan oleh Tiz di Twitter dimana sehingga hari ini dia tidak lagi berbuat demikian kerana tidak selesa dengan pemikiran kotor segelintir lelaki apabila wanita makan pisang.

BACA: Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung

“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,” tulisnya.

Difahamkan Tiz berkongsikan perkara itu selepas mengulang ciap tweet seorang pengguna Twitter yang selalu berdepan situasi dimana tindakan yang dilakukan wanita sering disalah erti mereka yang berfikiran kotor.