fbpx

Sampai Bila Nak Pakai Tilam Lusuh? Jom Trade-In Tilam Lama Tukar Baharu!

Anda tahu tak tilam di rumah yang anda pakai sekarang ni dah ‘berusia’ berapa tahun? Dan setakat sekarang ni adakah tidur anda nyenyak dan tidak terganggu?

Haa…nampak macam remeh jer kan soalan ni tapi sebenarnya tak. Sangat penting untuk anda ambil tahu tentang tilam kesayangan anda tu.

Boleh Timbulkan Masalah Kesihatan

Kalau anda nak tahu, tilam memainkan peranan penting untuk tidur anda sebabnya kita dikatakan hari-hari tidur atas tilam dan boleh dikatakan kita menghabiskan kira-kira 49 hingga 60 jam untuk tidur di atas katil. Jadi korang bayangkanlah berapa banyak kotoran terkumpul termasuklah peluh, minyak, dan lain-lain yang terhasil daripada tubuh kita. Setuju?

Dan disebabkan ini juga lah anda boleh mengalami alahan, kerosakan kulit, asma, dan banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh mengganggu kualiti tidur anda. Nampak tak?

Tidak salah sekiranya anda tukar tilam lama yang lusuh tu kepada tilam baharu. Tidur lagi nyenyak serta tiada lagi hgangguan kesihatan. Badan kita ni nak pakai lama tau!

Tukar Tilam Di Sini

Jenama perabot terkemuka Malaysia, Rozel adalah salah satu syarikat yang ada mengeluarkan tilam yang bagus dan berkualiti tinggi. Berita baik untuk anda yang tak nak berisiko untuk tanggung masalah kesihatan, Rozel Malaysia ada membuat kempen untuk tukar tilam lama anda kepada tilam baharu!

Anda boleh trade-in tilam lama anda dan beli tilam baharu di Rozel sehingga RM2,000*. Paling best, anda boleh dapat rangka katil kulit terpilih PWP 50% bila membuat belian tilam!


Oh ya, anda juga boleh membuat bayaran ansuran bulanan dengan tanpa interest (0%) sehingga 24 bulan! Tak perlu risau dah, pilih jer mana tilam yang menjadi kesukaan anda.

Antara tilam yang bagus untuk anda trade-in nanti adalah Vertec, Royal Crown, Maxiflex Opulent dan Maxiflex Legacy. Dahla cantik semua, bagus pula untuk kesihatan anda. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan dan keselesaan rangkaian tilam mewah Maxiflex dari Rozel ini.

Selesa & Mewah!

Rangkaian tilam Maxiflex dari Rozel ini turut menawarkan standard premium dalam keselesaan dan juga kemewahan kerana ianya direka dengan teliti dengan bahan terbaik untuk memastikan malam anda yang tenang dan bangun di pagi yang segar untuk gaya hidup moden ketika ini.

Rozel Maxiflex Vertex, adalah antara pilihan tilam terbaik dari Maxiflex kerana ia dibuat menggunakan 100% lateks semulajadi serta ditambah dengan 8 lapisan pinhole lateks semula jadi.

Lapisan lateks 7 zon ini direka bentuk secara ergonomik agar sesuai dengan bahagian badan anda yang berbeza untuk tulang belakang dan juga tekanan yang optimum.

Bahagian atas belakang dan pelvis lebih lembut manakala zon tengah lebih tebal kerana di sinilah bahagian paling berat badan kita terletak, memerlukan lebih banyak sokongan untuk melegakan ketegangan dan sakit belakang bawah. Zon tengah yang lebih kukuh juga menghalang tilam daripada kendur dan menjamin jangka hayat yang lebih lama.

Selain itu, tilam ini juga dihiasi dengan selimut yang diperbuat daripada fabrik sutera sejuk premium yang sangat mesra kulit, senang bernafas dan anti statik, sekali gus memastikan anda mendapat tidur yang mewah.

Bagi Rozel Maxiflex Opulent pula adalah tilam spring poket berkualiti tinggi dengan permukaan padat yang direka bentuk dengan reka bentuk spring poket 7 zon untuk memastikan kesihatan belakang anda terjaga secara keseluruhannya. Kemewahan itu juga dihiasi dengan selimut sutera yang sejuk.

Kalau anda nak tahu, tilam lateks semulajadi kini semakin popular kerana ia sesuai dengan kontur badan anda untuk memastikan keselesaan dan ketahanan yang terbaik. Tilam ini juga sangat mesra alam dan kesihatan tidur anda juga terjaga.

Anda boleh tengok promosi kesemua tilam ini di LINK INI.

Tak rugi pun kalau anda trade-in tilam lama anda tu dengan tilam baharu dari Rozel ini. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Rozel Showroom, anda boleh jer lihat sendiri kemewahan tilam ini. Boleh klik LINK INI untuk semak mana showroom berdekatan anda!

#RozelMY
#Maxiflex
#bedroom
#mattress
#furniture