fbpx

Sambut Hari Lahir Ke-29, Putera Mateen Nak Cari Calon Isteri

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Putera Brunei ini. Pengiran Muda Abdul Mateen merupakan anak ke-10 Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Lahir dalam keluarga kerabat di raja dan memiliki rupa paras yang kacak, sekaligus membuatkan Pengiran Mateen ini menjadi putera impian ramai gadis-gadis di luar sana.

BACA: Sultan Brunei Jumpa PM, Putera Mateen Yang Popular

Baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-29, timbul desas desus mengatakan Putera Mateen ada meluahkan hajat untuk mencari calon isteri. Difahamkan, Putera Mencari wanita yang berkongsi minat yang sama dengannya.

Malah, kerabat diraja Brunei dikatakan sudah mula meluahkan hasrat mereka untuk mencari calon isteri buat Putera Mateen memandangkan umurnya sudah sesuai untuk berumah tangga.

Mendapat pendidikan dari Royal Military Academy Sandhurst 2014, Putera Mateen juga meminati sukan Polo, Aircraft dan juga pencinta alam semulajadi.

Untuk makluman ramai, Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertahtahkan emas, berlian dan perak.