fbpx

Sambut Hari Lahir Ke-29, Niezam Zaidi Anggap Dugaan Sebagai Qada & Qadar

Senyap seketika selepas kontroversi terpalit dirinya awal bulan ini, perkongsian terbaru pelakon Niezam Zaidi menjadi perhatian ramai.

Baru sahaja menyambut ulang tahun tahun kelahirannya yang ke-29 semalam, Nizem mangucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan untuk dirinya.

BACA: Rakan Artis Beri Kata Semangat Buat Niezam Zaidi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Dalam pada itu, Niezam turut meluahkan rasa syukur di atas segala ketentuan di atas dugaan diberikan dan menganggap sebagai qada dan qadar.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum,” katanya.

Perkongsian Niezam itu mendapat pelbagai reaksi dari rakan artis dan netizen yang turut mendoakan buat pelakon itu.

Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah.

Berdasarkan pertuduhan, Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu