Rakan Artis Beri Kata Semangat Buat Niezam Zaidi
Semalam, pelakon Niezam Zaidi memuat naik satu perkongsian di Instagram selepas hangat diperkatakan mengenai isu dadah melibatkan dirinya.
Menerusi entri itu, Niezam memohon maaf seandainya ada salah silap, Niezam berkata buat masa ini dia menyimpan komen mengenai isu terpalit serta berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya.
BACA: Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah
Perkongsian Niezam itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan-rakan artis yang tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta mendoakan dipermudahkan segala urusan.
Semalam, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah.
Berdasarkan pertuduhan, Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.
Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Haha org melayu bodoh itu jek laa citer isap dadah kantoi lps tu smua bersimpati mcm mrk x lulus periksa. Dadah tu jenayah laa bodoh!
Apa yang nak disanjung sangat? Penagih dadah kan sampah masyarakat?
kalau retis yang kantoi dadah.. tudia atas bawah, kiri kanan datang support dan simpati. Kalau org biasa pandai pulak hina
Knp di glorify. Something better is coming????.ini sendiri carik.
Kengkwn artis beri katasupport Nizam ni mungkin dia baik orgnya..
yelah tapi khenn setiap manusia biasa ade kekurangannya.
Jgn lah mulakan dadih yg biasa walau sayur, thc ker..otak rosak nanti.
Dia bukan bekas boyfren Noni AF tukah?dah tau dadah ni byk buat manusia sengsara, dimain juga….
sendri pilih jalan tu…lain lar kalo die kena fitnah ker…atau musibah dtg melanda ker..ni dia yg kena tangkap polis..kalo x kena tangkap, confirm terus amik dadah..time² covid bising xde job..dah ada job,g lepak isap dadah lak..dah salah,kena terima hukuman…belajar dari kesilapan,bangun dan perbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik…
Kata semangat utk apa ye? Dia isap dadah atas kerelaan dia kot. Bukan ada org letak pisau paksa dia isap. Apolah. Patutnya suruh dia bertaubat berubah. Ni dok kata stay stronglah, jaga diri lah. X kena tempat.
Ganja bukan dadah.. wahai melayu kuno