Erra Fazira Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Bukan Melayu
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira berkata dia tidak pernah menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki bukan dikalangan orang Melayu.
Erra berkata jika ditakdirkan berkahwin dengan lelaki bukan Muslim, dalam masa sama mereka dapat mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
BACA: Shahir Tak Terkejut Gosip Erra Fazira Isteri Kedua Ahli Politik
“Saya tak ada masalah untuk berkawan atau berkahwin dengan bangsa lain. Perhubungan yang terjalin dengan seseorang bukan Muslim boleh membuka ruang untuk mereka mendalami agama Islam dengan lebih dekat.
“Saya sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan orang Melayu. Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam,” katanya.
Erra mendedahkan dia pernah berpasangan dengan seseorang bukan Melayu dan baginya mungkin lelaki berlainan bangsa mendekatinya kerana berminat untuk mendalami budaya berbeza.
“Berkenalan itu ada tapi tidak sampai ke fasa berkahwin,” katanya.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.
- SUMBER
- Harian Metro
Siapakah?
APAKAN DAYA HANS IJEK PUN KENA BUIHHHHHHH….
SAMPAI BERBUNGKUS TANGAN KAWAN TUUUU TUMBUK PINTUUUU KE TEMBOK…
KWANG KWANG KWANG….
bosan la cite psl erra….asyik cte psl psgn je..
Adakah?
Apakah?
Hans blh masuk jarum balik?
Aku OK je kalau erra dgn Hans
tok sah lah erra umur dh kian senja, awk bkn muda g…nk becintan2…fokus je pada anak kmu tu, dia perlukn perhatian lebih…apa g dia bukan ada adik beradik..
to riza, org yg dh berumur x patut rasa kasih syg isteri & suami ke?… anak dia bukan baby kot ye pon… ko mungkin dh kawin pastuh ank ramai senang ckp… kalau bini/laki ko dh xde esok baru ko tahu… ko nk mbujang sampai mati? hati mereka yg berseorangan itu tuhan shj maha mengerti… manusia dilahirkan berpasangan… everyone deserve happiness…. x kisah la dh 70 pon..
Sedang Mak Mah yang dah berumur bole kahwin lagi… ini kan Erra yg lagi muda… anak pun dah besar..nak juga rasa kaseh sayang suami isteri.. tempat mengadu and berbual.
Walaupun pasangan erra biasanya hensem2, mungkin boleh berkenalan dgn Shuib yg sudah kembali solo.
haha komen atas kelakor sgt…shuib ngn erra???
tersedak akuuuuuuu…
Soib pun dah boleh tahan kacak skrg. Kalo tak, nape isu siapa bakal isterinya heboh satu negara. Erra maintain ayu.
Panggang jauh dari apinya?
Panggang jauh dari apinya?