fbpx

Sambut Anniversary Ke-9, Che Ta Sarung Busana Harga RM80,000

Semalam, pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan tahun.

Setiap tahu menyarung busana perkahwinan, istimewanya tahun ini, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menggayakan baju pengantin berwarna putih harganya mencecah RM80,000.

BACA: Che Ta Sambut Birthday Aaisyah Besar-Besaran, 8 Tahun 8 Biji Kek

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Che Ta meluahkan rasa syukur dikurniakan Zain sebagai suami. Kata Che Ta, Zain tidak pernah menyuruhnya kemas rumah atau paksa untuk memasak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.

“Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami,” tulisnya.

Menurut Che Ta lagi, suaminya itu seorang yang sangat menitikberatkan mengenai hal agama termasuk mengingatkannya mengenai solat lima waktu.

“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.

“Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat. Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia,” tulisnya.

Che Tan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24 tahun.