fbpx

Che Ta Sambut Birthday Aaisyah Besar-Besaran, 8 Tahun 8 Biji Kek

Baru-baru ini, perkongsian Rozita Che Wan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar sambutan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disambut secara bersar-besaran.

Menerusi foto dikongsikan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik momen sepanjang majlis hari lahir anaknya yang ke-8 itu yang diadakan di Lantera Venue.

BACA: Che Ta Syukur Anak Berjaya Genggam ‘Double Degree’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menariknya, Che Ta memberitahu sebanyak lapan kek disediakan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-8 Aaisyah.

Antara kek yang dipersembahkan antaranya kes hiasan bunga ros, kek dua tingkat, kes dihias dengan rantai mutiara, kes dengan hiasan mahkota dan banyak lagi bertemakan warna merah jambu.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Aaisyah serta mendoakan agar menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.

Dapat dilihat, pelakon Mira Filzah turut meninggalkan komen secara berseloroh bertanyakan pada majlis hari lahir di usia 18 tahun nanti adakah akan ada 18 kek.

Difahamkan, terdahulu Che Ta memaklumkan terpaksa menangguhkan sambutan hari lahir anaknya selepas Aaisyah disahkan positif Covid-19 pada 1 November lalu.