“Saman Sesama Artis Membazir Je, Percayalah”
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kes saman menyaman sesama rakan-rakan artis. Perkata itu turut mendapat perhatian penyanyi, Shila Amzah yang berkongsikan pengalamannya.
Shila berkata saman sesama artis hanya merugikan masa dan duit sahaja kerana selepas selesai proses mahkamah dan jika menang, mereka yang didakwa perlu membayar ganti rugi.
BACA: Shila Amzah Mengamuk Parcel Dibuka, Siap Tinggalkan Sampah
Namun, jika pihak berkenaan tidak dapat membayarnya, tiada ada-apa tindakan susulan selepas itu. Katanya lagi, kes tersebut hanya lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.
“Sha tak rasa wajar untuk saman menyaman sesama artis ni sebab akhirnya pusing-pusing situ juga. Sejujurnya, ia hanya membazirkan masa dan duit.
“Percayalah, saya pernah berada disitu. Kita saman orang, lepas tu deorang tak dapat bayar akhirnya tak jadi apa pun. Hanya membawa kepada burukan daripada kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata ini bukan masa yang sesuai dengan perkara-perkara seperti itu dan adalah lebih baik gunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai kemelut antara Azwan Ali dan Rozita Che Wan serta kes saman Siti Nordiana serta rakan artis Lan Solo dan Syura.
- SUMBER
- Cari Forum
Betul sangat. Jangan ikutkan sangat ego diva Awak yang dah tak laku tu.
Diorg bnyk duit nk bg kt loyar so pedulik laa sama org2 cmtu…
Cube kalo ngko yg kene fitnah and org mngutuk ko berjemaah and live lg. Nk tengok jgak ape tindakan ko. Ckp mmg sng cik kak oi.
Memang.. Bersederhana dlm setiap hal.
Yg buang masa naik court last2 loyer yg kaya pastu setel luar minta maaf lain la langgar kontrak ke..gantirugi kerkannn?
buat pening setakat sejuta karot la sebelum org mengata pendapatan ko berjuta kew?
Smart girl. Eksyen2 je yg mau saman menyaman ni. Poyo!
Bila syaiton di ujung telinga maaf dah takde dlm kamus idop!
SYA. WATCH OUT. LBH BAIK KO SIBUK KAN DIRI PSL DIRI KO. TKPYH MNYIBUK HAL ORG. KO NK TJUKN BNDA NI KAT NANA KE ATAU ORG LAIN. MSG PERSONAL JELA. TAK PYH ACAH TERPALING MATANG KAT SINI SBB KO DLU PN APA KURG NYA. BT VIDEO PUTUS DGN SYARNAZ MCM BUDAK2 SKOLA PTUS CINTA. MEMALUKAN. JD CERMIN DIRI SNDRI SBLM CKP PSL ORG LAIN.
5ekor tu yg tanak mtk maaf kan? Even dah diberi peluang. Sape yg poyo skang ni? Kalo terkene btg idung sendiri baru sembang la. Kalo tak, tak pyh menyibuk hal org.
Pastu [email protected]@ Vs [email protected] ??
Propa je Nyah mereng tu nak saman saman. Takde lawyer nak amek statement mereng yg maki orang macam berzikir.
Kalau berzikir dapat jugak pahala.