fbpx

Shila Amzah Mengamuk Parcel Dibuka, Siap Tinggalkan Sampah

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa berang apabila barangan yang dibeli melalui atas talian telah dibuka.

Menurut Shila dia membelikan barangan untuk anaknya, lebih menyedihkan coklat Apollo dalam parcel tersebut telah dimakan. Malah, sisa sampah turut ditinggalkan dalam barangannya itu.

BACA: Aset Cecah RM200 Juta, Shila Amzah Bergelar Jutawan?

“Saya belikan ini untuk anak lelaki saya menerusi Shopee tapi saya perasan yang ia telah di buka, ada hadiah percuma coklat Apollo dekat dalam. Itu tidak penting atau apa tapi kenapa ianya di buka eh?

“Kenapa nak kena buka orang punya parcel dan makan coklat dan tinggalkan plastik dekat dalam itu?” tulisnya.

Dalam pada itu, Shila yang menggunakan perkhidmatan J&T mahukan penjelasan daripada pihak penghantaran tersebut mengenai perkata itu.

“Saya tidak gembira dengan ini eh. Yang pertama sekali cuba jelaskan kepada saya kenapa anda nak buka parcel saya?!” tulisnya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklum balas daripada J&T Malaysia berhubung aduan berkenaan.