fbpx

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad meluahkan rasa hormat kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi satu entri di Instagram, Suhaimi turut mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan perlu menerima vaksin.

BACA: Suhaimi Saad Respect 779 Guru Tolak Vaksin

Kenyataan Suhaimi itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta pihak berkuasa ‘menziarahi’ bekas penyanyi kumpulan Inteam itu kerana dianggap keterlaluan.

Kata PU Syed, jika enggan divaksin, tidak perlu melabel penerima vaksin sebagai ‘lembu’. PU Syed turut meminta Suhaimi segera mendapatkan rawatan.

“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan. Jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin..hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu,” tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi ada memuat naik perkongsian mengenai Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 guru berkenaan. Suhaimi turut mempersoalkan mengapa guru-guru berkenaan menolak vaksin.