Ada sahaja kontroversi membabitkan bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad. Terbaru, Suhaimi meluahkan rasa hormat terhadap 770 guru di Johor yang tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.


BACA: “Vaksin Ni Tuhan Ke? Nak Masuk Masjid, Mall Nak Kena 2 Dos Dulu”

Dalam entri tersebut, Suhaimi turut mendoakan agar urusan kesemua guru-guru tersebut dipermudahkan.

Sebelum ini, Suhaimi ada memuat naik perkongsian mengenai Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 guru berkenaan. Suhaimi turut mempersoalkan mengapa guru-guru berkenaan menolak vaksin.


Sebelum ini, media melaporkan 779 guru tersebut akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk diberikan penerangan kepentingan vaksin supaya diambil oleh mereka.