fbpx

Samakan Karipap Dengan Alat Sulit, DSV Dikecam Netizen

Sudah lama juga usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak dihimpit dengan sebarang kontroversi panas. Namun, baru-baru ini nama Vida menjadi bualan hangat selepas beliau memuat naik video di Instagramnya yang dikatakan kurang sopan.

Menerusi video tersebut, Vida dilihat menyamakan ‘karipap’ dengan alat sulit wanita untuk mempromosikan produk yang mampu merapatkan bahagian intim wanita selepas bersalin, serta menunjukkan demonstrasi bagaimana produk itu bertindak.

BACA: DSV Enggan Ulas Hubungan Dengan Suami Orang

https://www.instagram.com/p/BmAo7rbD_pI/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun, tindakan Vida itu mengundang kecaman netizen yang merasa jijik dan ada yang menganggap perbuatan beliau itu dikatakan tidak bersyukur kerana mempermainkan makanan. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa menyampah dengan Vida dengan sikapnya yang semakin pelik dan gedik.

Kalau ikutnya ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mempromosikan produk. Namun ramai yang memilih untuk melakukan sesuatu yang kontroversi sehingga tidak kisah untuk memalukan diri sendiri asalkan produk mereka laris.